Thursday, January 20, 2011

Green Tea..


Green Tea = Teh Hijau.. tak ramai yang bole terime rasa teh hijau ni.. tapi adakah kalian tahu terlalu banyak manfaat dan faedah dlm mengamalkan pengambilan teh hijau ini? haha..bagi yang gemar menikmatinya..suatu perkabaran gumbira bagi anda..dan bagi yang tidak mengemarkan nya..try pujuk diri untuk suke..ok?sebab byk kot benefit green tea ni..baik la! antara kebaikannya adalah:

1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  • Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II. (apakah Angiotensi II?haha..no idea..ade kaitan dengan tension rasenye..)

2. Membantu mengawal paras gula darah
  • Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

3.Membantu dalam sesetengah penyakit barah

  • Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
  • Tips untuk mengelakkan sel kanser menjadi aktif. Iaitu dgn elak memakan sayuran yang berwarna putih.. (fakta diambil oleh anak bekas pesakit kanser..) so bg yg sukakan sayuran yang berwarna putih..kurang2kan la yea..

4.Menguatkan sistem imun

  • Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

5.Menurunkan paras kolesterol
  • Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol. (fakta ini telah dibuktikan oleh ibu saya sendiri..)

6. Menggalakkan pembakaran lemak

  • Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2). Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.
  • Juga menjadikan anda berasa sentiasa kenyang..so, bg yg nak kuruskan badan, minum teh hijau sebagai minuman petang anda..makanya, malam2 takde la membuka tudung saji.. (based on my true experience..haha..trust me! it works!)

7. Menjadi sebagai agen anti-penuaan
  • Kerana mengandungi antioksidan.. (mencegah kedutan..) dh byk krim n rawatan kulit mencegah penuaan mengunakan asas ramuan teh hijau ni..

8. Sebagai Agen pembunuh bacteria
  • Sekiranya kita minum teh hijau ini..sebenarnya, bateria2 dlm mulut kite terbunuh dan ini menghalang kerosakan gigi dan mencegah masalah jangkitan kuman dlm mulut.
  • Dan berfungsi dalam membersihkan rambut.Bagaimana?Seelok-eloknya, selepas kita membilas syampoo,kita digalakan melumur air teh hijau ke atas kulit kepala, kerana ini dapat membantu membunuh kuman dikepala dan sekali gus memcegah masalah dandruff.. 


so? ayuh la mencuba green tea ni..for me..rasanya sgt sedap n sgt pure! n ini sgt membantu dalam mengurangkan pengambilan sugar dlm minuman sy kini..ayuh! be sexy! stay healthy! tak salah mencuba guys..gud luck pd mereka yang ingin mencuba..(japanese green tea = highly recommended) 



-THE END- 

OK guys! see ya next time! XOX0..~